Tarikh : 19 Mac 2021
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 - 10.00 pagi
Penceramah : Ustaz Idzhar bin Jumali
Medium : google meet (murid) dan bersemuka (guru)
Link buku program : http://online.anyflip.com/guaar/duzq/mobile/index.html
Intipati ceramah israk dan mikraj yg dpt kita kongsikan :
š¹ Mencari keberkatan daripada usaha dan kerja buat kita sebagai seorang guru dan penjawat awam.
š¹Jaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia
š¹Hargailah solat kerana apa yang kita lakukan adalah terletak diantaranya.
Penghayatan ibrah daripada perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah SAW :
š BERSIH HATI
-Membaca al quran dan tadabbur
-Berzikir
Melakukan dengan penuh keikhlasan agar terhasil keberkatannya dalam syahsiah murid dan kejayaan akademik
š BURAQ Kepantasan- dikaitkan dgn MASA
-Rugilah org yg tidak seiringan dengan masa.
Guru yang sentiasa seiringan dan mendahului masa adalah guru yang cemerlang dan sentiasa mencuba yang terbaik utk anak muridnya.
š KEWAJIPAN SOLAT
Hadiah dari Allah SWT untuk mengembirakan hati hambaNya.
- Guru sentiasa memikirkan cara untuk memberi penghargaan kepada murid agar mereka merasa dihargai
š MEMILIH SUSU DARI ARAK
-Dalam kehidupan, kita perlu memilih yang baik sahaja dan kongsikan dengan org lain.
Berkongsi dgn rakan dan murid, ilmu yang bermanfaat utk kebaikan semua.
š SEBAR SALAM
Hubungan antara rakan sekerja perlu diperkukuhkan agar kita dpt bekerja dalam situasi yang menggembirakan dan ceria.
Ustaz Idzhar (tengah) bersama-sama Hjh Norzaliha (PK HEM) dan En Hisham (PK Akademik)
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Idzhar
Bacaan doa oleh Ustaz Kamil
Comments